Video Tutorial & Public Speaking
19 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 18 Ogos 2018, telah diadakan Kelas Video Tutorial & Public Speaking bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Pembelajaran kali ini adalah untuk adik-adik darjah 3 dan darjah 4. pada kali ini pembelajaran bertujuan untuk membentuk kreativiti adik-adik melalui aktiviti Do It Yourself (D.I.Y) jenis-jenis Dinosour. DI samping itu juga, untuk menambah keyakinan adik-adik untuk berkomunikasi dihadapan orang ramai melalui aktiviti pembentangan DIY yang telah mereka hasilkan. Bagi mencari maklumat mengenai pembentangan mereka secara tidak langsung adik-adik belajar mencari maklumat di Internet. Tahniah kepada semua yang berjaya membuat pembentangan dan ada yang berani mencuba membentangkan dalam Bahasa Inggeris.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: